Saturday 11 February 2012

PAUTAN

http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=5216915978486827099#editor/target=post;postID=3297347932823810731

SOALAN LATIHAN

1. Apakah pengertian puasa?
    a. Menahan diri daripada mandi
    b. Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa
    c. Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam
       matahari
    d. Menahan diri daripada lapar dan dahaga

2. Apakah perkara yang membatalkan puasa?
     a. Tidur
     b. Mandi
     c. Menggosok gigi
     d. Makan dengan sengaja

3. Apakah jenis-jenis puasa?
     a. Puasa hari selasa
     b. Puasa bulan safar
     c. Puasa Ramadan
     d. Puasa harus

AKTIVITI PERBINCANGAN

Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan
sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. (Sila rujuk
soalan 22 dan 23) Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun
suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.
- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam


1.  Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa?
2.    Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air
ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah
kebenaran pendapat ini?

3.    Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa?

ISI KANDUNGAN

PENGERTIAN PUASA


Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatanyang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. 
JENIS - JENIS PUASA
PUASA WAJIB Puasa di bulan Ramadhan
PUASA KAFARAH
PUASA NAZAR
PUASA SUNAT Puasa enam hari pada bulan SyawalPuasa hari ArafahPuasa hari Asyura pada 10 Muharam Puasa bulan SyaabanPuasa Isnin dan KhamisPuasa tengah bulan iaitu 13, 14, 15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun hijrah) 
PUASA   MAKRUH Puasa yang terus menerus sepanjang masaTidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq
PUASA HARAM Puasa pada hari raya pertama Aidil FitriPuasa pada hari raya pertama Aidil AdhaPuasa tiga hari sesudah hari raya Aidil Adha atau hari tasyriq iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.


OBJEKTIF

1. Memahami pengertian puasa yang sebenarnya.
2. Menyenaraikan jenis-jenis puasa
3. Mengetahui perkara-perkara yang membatalkan puasa

TUJUAN BLOG



Tujuan blog ini adalah untuk menerangkan pengertian puasa, jenis-jenis puasa serta perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Friday 30 December 2011

assalamualaikum

selamat datang ke blog solehah CIKGURAMLAH75.BLOGSPOT.COM.Semoga bersama-sama medidik diri untuk menjadi mukmin sejati.INSYAALLAH......