Saturday 11 February 2012

AKTIVITI PERBINCANGAN

Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan
sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. (Sila rujuk
soalan 22 dan 23) Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun
suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.
- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam


1.  Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa?
2.    Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air
ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah
kebenaran pendapat ini?

3.    Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa?

7 comments:

  1. ustazah..bagaimana kalau kita terlupa untuk niat berpuasa dan teringat pada waktu tengahari, bolehkah kita berniat pada waktu kita teringat itu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya kita hendaklah berniat untuk sebulan..maka apabila kita terlupa kita tidak perlu lagi untuk berniat lagi.jawapannya bagi soalan ini ialah boleh.kerana ia adalah puasa wajib.

      Delete
  2. Tahniah cikgu ram............blog yang sangat menarik dan mengandungi isi yang sungguh padat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah telah menghasilkan blog yang menarik sesuai untuk tatapan umum dan pelajar

      Delete
    2. kalau kita termakan atau terminum tanpa disengaja,macamana ye cikgu ram?adakah kita boleh meneruskan puasa seperti biasa.

      Delete
    3. klau kita sendawa byk kali bleh terbatal x ustazah?byk angin nih

      Delete