Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan
sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. (Sila rujuk
soalan 22 dan 23) Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun
suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.
- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam
1. Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa?
2. Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air
ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah
kebenaran pendapat ini?
3. Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa?
ustazah..bagaimana kalau kita terlupa untuk niat berpuasa dan teringat pada waktu tengahari, bolehkah kita berniat pada waktu kita teringat itu???
ReplyDeletesepatutnya kita hendaklah berniat untuk sebulan..maka apabila kita terlupa kita tidak perlu lagi untuk berniat lagi.jawapannya bagi soalan ini ialah boleh.kerana ia adalah puasa wajib.
DeleteTahniah cikgu ram............blog yang sangat menarik dan mengandungi isi yang sungguh padat.
ReplyDeletetahniah telah menghasilkan blog yang menarik sesuai untuk tatapan umum dan pelajar
Deletekalau kita termakan atau terminum tanpa disengaja,macamana ye cikgu ram?adakah kita boleh meneruskan puasa seperti biasa.
Deleteklau kita sendawa byk kali bleh terbatal x ustazah?byk angin nih
Deletemkasih infonya sob muslim
ReplyDelete7 tambang emas terbesar